Europ Assistance ambil alih perniagaan bantuan AXA Partners di lima negara Asia Pasifik termasuk Malaysia

Business & Finance
6 Jun 2023 • 2:45 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Europ Assistance ambil alih perniagaan bantuan AXA Partners di lima negara Asia Pasifik termasuk Malaysia

diyana

06/06/2023 - 14:45

KUALA LUMPUR 6 Jun - Europ Assistance telah mengambil alih beberapa perniagaan bantuan milik AXA Partners di Malaysia, Thailand, Jepun, Hong Kong dan Taiwan.

Menurut syarikat itu, pengambilalihan tersebut membuktikan kepentingan rantau Asia Pasifik dalam strategi pertumbuhan mampan Europ Assistance.

Ketua Pegawai Eksekutif Europ Assistance Group, Antoine Parisi berkata syarikat itu berusaha meningkatkan usaha untuk menerajui pasaran di rantau ini dan memperkukuh kedudukan global.

image is not available
Antoine Parisi

“Europ Assistance merupakan peneraju pasaran di Eropah, Amerika Latin dan Amerika Utara. Menerusi pengambilalihan ini, disusuli beberapa pelaburan lain baru-baru ini, kami sedang meningkatkan usaha mencapai kedudukan yang sama di rantau ini dan mengukuhkan lagi kedudukan global kami,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak tahun 2019, Europ Assistance yang sejak sekian lama hadir di negara China, India dan wilayah Pasifik Perancis telah membuka pejabatnya di Thailand, Malaysia dan Singapura.

Syarikat itu turut memperoleh subsidiari milik Mapfre Assistencia di Australia dan Timur Tengah.

Ketua Pegawai Eksekutif Mobiliti dan Antarabangsa di Europ Assistance Group, Pascal Baumgarten menambah bahawa pengambilalihan tersebut membolehkan mereka memperluaskan perniagaan di Thailand dan Malaysia, memasuki pasaran Hong Kong dan Taiwan serta memasuki semula pasaran Jepun.

image is not available
Pascal Baumgarten

“Kami dapat menawarkan rangkaian perkhidmatan bantuan yang lengkap kepada pelanggan tempatan merangkumi perjalanan, mobiliti dan bantuan peribadi di semua negara ini.

“Kami juga akan membangunkan aktiviti insurans perjalanan global kami dengan rakan-rakan kongsi di Asia dan juga global yang bersedia untuk berkembang di rantau ini,” ulas beliau.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Europ Assistance Asia Tenggara, Philippe Demangeat mengulas bahawa perkembangan baharu itu merupakan peluang untuk menjadi penyedia perkhidmatan terkemuka di Asia Tenggara.

image is not available
Philippe Demangeat

“Selepas pembukaan pejabat di Bangkok pada 2020 dan di Kuala Lumpur dan Singapura pada 2021, ini merupakan peluangn kami untuk mempercepatkan cita-cita menjadi penyedia perkhidmatan bantuan terkemuka di Asia Tenggara melalui platform berbilang saluran yang memanfaatkan teknologi digital bagi menyampaikan pelbagai penyelesaian inovatif,” ujar beliau. -DagangNews.com