EV Ferrari dilelong RM162 juta

LocalCars
18 Aug 2026 • 4:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EV Ferrari dilelong RM162 juta

WASHINGTON – Sebuah kereta elektrik(EV)  pertama keluaran Ferrari dijual  pada harga AS$40 juta (RM162 juta ) dalam satu lelongan amal, sekali gus memecahkan rekod harga  kenderaan baharu yang dijual dalam acara lelongan, lapor stesen penyiaran BBC.

Hasil jualan Ferrari Luce yang merupakan cetusan idea pereka iPhone dari Britain, Sir Jony Ive itu berjaya mengumpul dana lebih 35 kali ganda daripada harga biasa kereta tersebut pada  acara lelongan firma RM Sotheby’s di California.

Ferrari Luce sebelum ini menerima kecaman dan kritikan semasa pelancarannya pada Mei lalu. 

Sesetengah pemerhati berpendapat Luce tidak seiring dengan reka bentuk tradisional jenama tersebut dan hilang sebahagian identiti asalnya. Ini kerana kereta Ferrari itu menggunakan  kuasa bateri serta mempunyai lima tempat duduk.

Dalam pada itu, pihak Sotheby’s berkata, keseluruhan hasil jualan tersebut akan didermakan kepada program pendidikan anjuran Yayasan Ferrari.

Sotheby’s bagaimanapun tidak menamakan pembeli model Luce khas itu, yang menampilkan kemasan unik serta bahagian komponen yang dibuat khas. – AGENSI

The post EV Ferrari dilelong RM162 juta appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved