EV Jadi Kenderaan Rasmi Untuk Pemimpin ASEAN Sebab Murah

LocalPolitics
29 Oct 2024 • 12:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kenderaan Elektrik (EV) akan jadi kenderaan rasmi untuk para pemimpin yang menghadiri acara-acara kenegaraan apabila Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada 2025 nanti.

Itu kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 2: Sektor Tenaga Pemangkin Pertumbuhan Sosioekonomi yang Mampan dan Inklusif anjuran bersama Kementerian Pendidikan Tinggi dan Petronas.

"Agak menarik apabila Kabinet memutuskan sedemikian baru-baru ini, (selama ini) ke mana sahaja kita pergi, ketua-ketua negara akan diberikan sebuah kereta Mercedes yang besar.

image is not availableimage is not availableimage is not available

‘Kita berpandangan bahawa jika kita serius tentang kelestarian dan peralihan tenaga, kita perlu tonjolkan bahawa di Malaysia, kenderaan yang diberikan kepada ketua-ketua negara, para menteri dan pegawai berkenaan hanyalah EV," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan bahawa keputusan menggunakan EV sebenarnya disebabkan ia lebih murah berbanding kenderaan lain.