EV Perodua Turun Harga ke RM87,499 – Sah Hingga 30 September 2026

LocalCars
16 Jun 2026 • 5:21 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Berita baik! Perodua baru sahaja mengumumkan penurunan harga rasmi untuk model EV pertama mereka, Perodua QV-E.

Melalui struktur harga baharu ini, anda kini boleh memiliki EV Perodua pada harga promosi RM87,499 bagi pemilikan penuh QV-E atau RM63,499 dengan pakej BAAS dengan bayaran bulanan sebanyak RM215 (termasuk cukai) selama 9 tahun.

Tawaran ini akan berakhir 30 September 2026.

Penurunan harga ini adalah hasil daripada peningkatan penggunaan komponen tempatan (lokalisasi) serta kecekapan kilang pengeluaran mereka yang kini berjaya melepasi sasaran 500 unit sebulan.

Perodua QV-E (Perodua EV Pertama)

perodua ev

Perodua akhirnya melakar sejarah apabila melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Perodua QV-E (Quest for Visionary Electric), pada harga bermula RM93,999 atau RM69,999 menerusi pakej Battery as a Service (BAAS) dengan tambahan bayaran bulanan sebanyak RM215 (termasuk cukai) selama 9 tahun.

Pelancaran ini bukan hanya memperkenalkan sebuah model baharu, tetapi juga menandakan komitmen penuh Perodua terhadap agenda nasional dalam memperluas penggunaan kenderaan elektrik mampu milik.

Sejalan dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030), Perodua telah dipilih oleh kerajaan sebagai peneraju utama dalam membangunkan EV mampu milik tempatan, sekaligus menyokong transformasi industri automotif negara.

Model QV-E ini dibangunkan melalui pelaburan RM800 juta dan dipasang di fasiliti tercanggih Perodua, Smart Mobility Plant. Ia menandakan permulaan fasa baharu dalam usaha Perodua membina ekosistem EV nasional yang lebih mampan dan inklusif.

Direka khusus untuk pengguna kelas pertengahan serta mereka yang memerlukan kenderaan harian yang efisien, QV-E hadir dengan teknologi moden, jarak pemanduan kompetitif serta ciri keselamatan generasi baharu termasuk Child Presence Detector (CPD), sistem yang mampu mengesan pergerakan atau tanda vital kanak-kanak atau haiwan peliharaan di tempat duduk belakang, walaupun dilitupi selimut atau fabrik.

Pelancaran QV-E ini menjadi simbol keyakinan Perodua dalam membawa rakyat Malaysia memasuki era mobiliti elektrik yang lebih praktikal, selamat dan mampu milik.

Varian

Model QV-E hadir sebagai satu varian dengan spesifikasi elektrik penuh yang menyeluruh. Berikut ialah ciri lengkapnya:

Drivetrain / Bateri / Caj

  • Pacuan hadapan (FWD)
  • Bateri 52.5 kWh CATL LFP
  • Jarak pemanduan 445 km NEDC (~378 km WLTP)
  • Pengecasan AC 6.6 kW
  • Pengecasan DC sehingga 60 kW
  • V2L (Vehicle-to-Load) 3.2 kW

Prestasi

  • 201 HP (150 kW)
  • 285 Nm
  • 0–100 km/j : 7.5 saat
  • Kelajuan maksimum: 165 km/j

Dimensi & Berat

  • Panjang: 4,170 mm
  • Lebar: 1,800 mm
  • Tinggi: 1,502 mm
  • Jarak roda: 2,680 mm
  • Ground clearance: 158 mm
  • Berat: 1,600 kg
  • Ruang but: 450L, boleh luaskan ke 1,238L
  • Kotak storan: 40L

Rekaan Luaran

  • Lampu hadapan LED projektor berkembar dengan DRL
  • Lampu belakang LED tailbar
  • Pemegang pintu rata (flushed)
  • Emblem tailgate handle
  • Signal membelok sequential
  • Spoiler bumbung bersepadu
  • Tiang A/B/C hitam (black-out)
  • Rim 18 inci

Rekaan Dalaman

  • Sistem infotainment 10.25” (CarPlay & Android Auto tanpa wayar)
  • Kluster digital 10.25”
  • Cermin pandang belakang digital
  • Tempat duduk pemandu berkuasa
  • Ambient lighting
  • Pengecas tanpa wayar
  • Penyaman udara dwi-zon
  • Stereng kulit dua jejari (flat-bottom)
  • Tempat duduk semi-leather
  • 6 pembesar suara
  • Tire repair kit

Teknologi & Keselamatan

  • ADAS 2.0: AEB, TJA, HWA, FCW, BSD, LDW, LKA, AHB, RCTA
  • Driving Assist
  • Parking Assist
  • Headlamp Assist
  • 6 beg udara
  • TPMS
  • SOS Call
  • Child Presence Detector (CPD)
  • Life Detector Scope
  • Surround View Monitoring (SVM)
  • EPB, ABS, EBD
  • DV recorder
  • Battery tracker + Battery Rescue

Harga Perodua QV-E

Perodua QV-E ditawarkan pada harga bermula RM93,999 atau RM69,999 menerusi pakej Battery as a Service (BAAS) dengan tambahan bayaran bulanan sebanyak RM215 (termasuk cukai) selama 9 tahun.

Untuk memastikan harga pembelian lebih mampu milik, Perodua memperkenalkan konsep Battery as a Service (BaaS), di mana bateri dipajak secara berasingan.

Konsep BaaS turut hadir dengan jaminan bateri sepanjang hayat, dan Perodua menjamin bahawa kapasiti bateri tidak akan jatuh di bawah 70 peratus, malah akan diganti satu-ke-satu sekiranya berlaku penurunan prestasi.

Bagi mereka yang mahu membeli QV-E secara pemilikan penuh, Perodua turut menawarkan pembelian bateri apabila sudah sampai masa untuk ia dihapuskan.

Perodua menyasarkan jualan antara 500 hingga 3,000 unit sebulan, menjadikan QV-E sebagai antara EV mampu milik yang bakal menarik perhatian rakyat Malaysia.

EV Perodua Turun Harga ke RM87,499

Bagi anda yang sedang berkira-kira nak beralih ke kenderaan elektrik (EV) tapi masih ragu-ragu dengan faktor harga, ini ada berita yang sangat dinantikan.

Kini anda boleh dapatkan Perodua EV dengan harga RM87,499 sahaja (sebelum ini RM93,999) bagi pembelian penuh.

Menurut Dato’ Sri Zainal, beliau berkata, Perodua memberikan harga khas sebanyak RM87,499 untuk pemilikan penuh QV-E atau RM63,499 dengan pakej BAAS dengan bayaran bulanan sebanyak RM215 (termasuk cukai) selama 9 tahun. Tawaran ini akan berakhir 30 September 2026.

Pakej BAAS menawarkan pakej bateri EV yang komprehensif merangkumi perlindungan untuk bateri, penghapusan dan penggantian serta insurans bateri sepanjang tempoh sewaan.

BAAS ditawarkan untuk memberi ketenangan kepada pelanggan dengan menyerahkan kepada Perodua untuk menguruskan bateri EV mereka sepanjang tempoh sewaan 9 tahun.

Bukan itu sahaja, bagi pelanggan sedia ada QV-E, mereka akan mendapat pulangan wang khas dan penasihat jualan Perodua akan menghubungi mereka secepat mungkin.

Pelanggan sedia ada juga bakal menikmati pengurangan komitmen bulanan BAAS kepada RM215 sebulan daripada RM275 sebelum ini.

Bayaran baharu ini akan berkuatkuasa untuk tempoh pembayaran seterusnya.

Warna

Perodua QV-E hadir dengan dua pilihan warna eksklusif yang direka khas untuk menonjolkan identiti moden dan futuristik model EV pertama Perodua.

Warna Ice Blue memberikan gaya yang bersih, elegan dan segar, manakala Caviar Grey menawarkan penampilan yang lebih premium dan sofistikated.

Kedua-dua warna ini hanya boleh didapati di cawangan Perodua terpilih yang menawarkan model QV-E.

Perodua EV
Perodua EV
Perodua EV
Image from: EV Perodua Turun Harga ke RM87,499 – Sah Hingga 30 September 2026
Image from: EV Perodua Turun Harga ke RM87,499 – Sah Hingga 30 September 2026
Image from: EV Perodua Turun Harga ke RM87,499 – Sah Hingga 30 September 2026
Image from: EV Perodua Turun Harga ke RM87,499 – Sah Hingga 30 September 2026
Image from: EV Perodua Turun Harga ke RM87,499 – Sah Hingga 30 September 2026
Kredit: Kulim Media TV

Review Perodua QV-E 2026

Tempahan & Test Drive Perodua QV-E

Anda boleh rasai sendiri test drive Perodua QV-E di rangkaian cawangan terpilih Perodua. Perodua kini sedang bersiap sedia membuka lembaran baharu dalam dunia elektrifikasi jenama ini.

Kunjungi mana-mana pusat berikut untuk merasai pengalaman EV pertama Perodua secara langsung.

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan Perodua EV ini anda boleh layari pautan berikut: https://perodua.com.my/

Image from: EV Perodua Turun Harga ke RM87,499 – Sah Hingga 30 September 2026

Soalan Lazim Perodua QV-E 2026

1. Berapakah harga rasmi Perodua QV-E?

Harga asas Perodua QV-E bermula RM93,999 atau RM69,999 menerusi pakej Battery as a Service (BAAS) dengan tambahan bayaran bulanan sebanyak RM215 (termasuk cukai) selama 9 tahun. Namun, Perodua mengumumkan harga khas untuk tempoh terhad iaitu RM87,499 bagi pemilikan penuh QV-E atau RM63,499 dengan pakej BAAS dengan bayaran bulanan sebanyak RM215 (termasuk cukai) selama 9 tahun. Sah sehingga 30 September 2026.

2. Adakah bateri QV-E termasuk dalam harga kereta?

Tidak. Perodua menggunakan konsep Battery as a Service (BaaS), di mana bateri dipajak secara berasingan dengan bayaran RM275 sebulan (tidak termasuk SST 8%) selama 108 bulan.

3. Apakah kelebihan skim pajakan bateri (BaaS)?

Pemilik menikmati jaminan bateri sepanjang hayat, termasuk penggantian satu-ke-satu jika kapasiti bateri jatuh di bawah 70%. Ini memberi ketenangan minda terhadap kos bateri jangka panjang.

4. Berapakah jarak pemanduan Perodua QV-E?

QV-E mampu mencapai jarak sehingga 445 km (NEDC) atau kira-kira 378 km (anggaran WLTP), bergantung pada gaya pemanduan dan keadaan jalan.

5. Apakah jenis bateri yang digunakan?

Model ini menggunakan bateri 52.5 kWh Lithium Iron Phosphate (LFP) daripada CATL, yang terkenal dengan ketahanan dan keselamatan lebih baik.

6. Berapa lama masa pengecasan QV-E?

Menggunakan pengecas AC 6.6 kW, masa mengecas mengambil beberapa jam, manakala pengecas DC 60 kW membolehkan pengecasan lebih pantas. Model ini juga menyokong fungsi V2L (Vehicle-to-Load) sehingga 3.2 kW.

7. Apakah ciri keselamatan utama yang ditawarkan?

QV-E dilengkapi ADAS 2.0, enam beg udara, TPMS, SOS Call, Surround View Monitoring (SVM), Parking Assist, serta ciri baharu Child Presence Detector (CPD) yang mampu mengesan tanda vital kanak-kanak atau haiwan yang tertinggal di tempat duduk belakang.

8. Berapa pilihan warna yang tersedia?

Perodua QV-E ditawarkan dalam dua pilihan warna eksklusif: Ice Blue dan Caviar Grey.

9. Adakah QV-E sesuai untuk kegunaan harian?

Ya. Dengan jarak pemanduan yang jauh, teknologi moden, ciri keselamatan canggih dan kos pemilikan yang lebih rendah melalui pajakan bateri, QV-E sesuai digunakan sebagai kereta harian atau kenderaan kedua.

10. Di mana QV-E boleh dibeli?

Model ini hanya boleh didapati di cawangan Perodua terpilih yang menawarkan model EV.

11. Apakah jaminan yang disertakan?

Pemilik menerima jaminan umum 3 tahun/100,000 km, jaminan badan 6 tahun/150,000 km, jaminan unit pemacu 8 tahun/150,000 km, dan jaminan bateri sepanjang hayat melalui skim BaaS.

Baca juga: