EV Proton e.MAS 7 dilihat terokai jalan Kuala Lumpur

LocalCars
8 Aug 2024 • 8:12 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pengumuman model EV pertama Proton dibuat awa Ogos 2024 dan minggu seterusnya, kami ternampak kelibat sebuah e.MAS 7 (eMAS 7) menelusuri kota Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, seperti biasa, ia masih berbalut pelekat "camo" yang tebal memenuhi badannya.

image is not available

Proton eMAS 7 di Kuala Lumpur

Secara kasarnya, kita sudahpun mengetahui rupa paras eMAS 7 kerana ia adalah versi right hand drive (RHD) kepada Geely Galaxy E5, sebuah EV yang dilancarkan secara rasmi di China pada 3 Ogos 2024 yang lalu.

image is not available

Daripada tangkapan gambar eMAS 7 yang kami nampak di Kuala Lumpur ini, kelihatan ia mengguna pakai roda bersaiz 19". Untuk rujukan, varian tertinggi Galaxy E5 di China dipasang dengan roda bersaiz 19". Unit eMAS7 yang dipamerkan sewaktu sesi previu yang lalu mengguna pakai tayar bersaiz 18″.

image is not available
eMAS 7 Kuala Lumpur (kiri) vs. Galaxy E5 Startship Edition (kanan)

image is not available
eMAS 7 previu (kiri) vs. Galaxy E5 Explore+ Edition (kanan)

Proton eMAS 7 bukan rebadge Geely Galaxy E5

Sewaktu majlis previu eksklusif eMAS 7, Proton memberitahu yang mereka turut terlibat dengan pembangunan eMAS 7. Dalam erti kata lain, difahamkan yang versi RHD dan LHD kenderaan ini telah dibangunkan secara serentak dengan pembabitan 230 jurutera Proton yang dihantar ke China dalam tahun 2022.

image is not available
Proton eMas 7 (atas) dan Geely Galaxy E5 (bawah)

Namun, tidak banyak maklumat spesifikasi yang dikongsikan Proton sewaktu majlis tersebut. Yang kita tahu adalah eMAS 7 adalah sebuah SUV elektrik yang diletakkan di dalam segmen C dengan ukuran panjang 4,615mm, 1,901mm lebar, dan jarak ganar 1,670mm iaitu ukuran sama dengan Galaxy E5. Dimaklumkan juga yang ini adalah model pertama dibangun berasaskan Global Modular Achitecture (GMA) Proton-Geely.

image is not available
Proton eMas 7 (atas) dan Geely Galaxy E5 (bawah)

eMAS 7 juga dimaklumkan dilengkapi sistem motor elektrik 12-dalam-1 yang mempunyai kepadatan tenaga 1.94kW/kg dalam pakej 82.5kg. Ia bermakna, output kuasa motor elektrik eMAS 7 adalah pada paras 160kW (~214hp). Membekalkan tenaga kepada motor elektrik itu adalah bateri berteknologi Aegis Short Blade (LFP) dan ia dilekatkan pad abadan menggunakan seni bina "cell-to-body".

Tarikh khusus pelancaran Proton eMAS 7 masih belum kita ketahui namun yang kita tahu ia akan dilancarkan dalam tahun 2024.

Bacaan lanjut