Ini Apa Korang Kena Tahu Mengenai EV Pertama Malaysia, Proton eMas 7 

Cars
6 Aug 2024 • 1:04 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, Proton telah mendedahkan kereta elektrik pertama mereka dengan nama eMas 7 yang dilihat berkongsi model sama seperti Galaxy E5.

Menurut laporan Paultan, Proton eMas 7 ini akan dikuasakan dengan motor elektrik tunggal yang mampu jana sebanyak 218PS dan 320 Nm.

image is not available

Untuk pecutan, kereta elektrik Proton yang digerakkan 2 roda depan ini hanya ambil masa 6.9 saat jer dari 0-100km/j dengan kelajuan maksimum 180km/j. Not bad!

Bahagian penting bagi sesebuah kereta EV iaitu bateri yang digunakan pada Proton eMas 7 ini adalah jenis lithium iron phosphate (LFP) yang dibangunkan oleh Geely sendiri.

2 pilihan bateri yang mampu beri jarak perjalanan jauh

image is not available

Ada dua pilihan kapasiti yang ditawarkan pada eMas 7 ini iaitu bateri sebesar 49.52 kWh yang mampu berjalan sehingga 440km dan unit 60.22 kWh yang memberikan jarak sehingga 530km. Boleh tahan! 

Untuk pengecasan pula, kereta ini dikatakan hanya ambil masa 20 minit saja dari 30% untuk capai 80%. 

Harga confirm bawah RM100k?

image is not available

Buat masa ini, harga bagi Proton eMas 7 masih belum didedahkan tapi kalau ikut harga Galaxy E5 di China adalah sekitar RM77k bagi unit 49.52kWh dan RM99k bagi unit 60.22kWh.

Mungkin lebih kurang dengan harga Galaxy E5 yang dijual dekat China itu sebab eMas 7 ini diimport sepenuhnya dan tidak mungkin akan lebih daripada RM100,000. 

Pelancaran Proton eMas 7 ini juga masih belum didedahkan tarikhnya tapi ada khabar angin yang mengatakan ia akan mula dijual pada hujung tahun ini. Sama-samalah kita tunggu ya!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Paultan