“Everytime rehat lepak mall sebelah” – Bangga Rehat 3 Jam, Wanita Kerja Kerajaan Mengaku Guna ‘Kabel’?

Entertainment
24 Jan 2024 • 12:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menjadi satu norma baharu dalam kehidupan masyarakat kini, ramai yang suka berkongsi aktiviti seharian di media sosial tetapi tidak terfikir sama ada ia bakal mendatangkan kebaikan atau sebaliknya.

Heboh di platform X baru-baru ini, mengenai seorang wanita yang bekerja dalam sektor awam seronok dapat rehat selama 3 jam setiap hari Jumaat.

Menerusi tangkap layar video TikTok yang kemudian dimuat naik semula di media sosial lain, jelas memaparkan seorang wanita sedang meluangkan waktu rehat selama tiga jam bersama rakan-rakan di salah sebuah pusat karaoke.

Dalam tangkap layar video tersebut, wanita terbabit memberitahu bagaimana dia meluangkan waktu rehat yang panjang.

POV you go for karaoke every Friday because your lunch break is basically 3 hours,” tulisnya ringkas.

image is not available

Dedah kerja kerajaan sebab guna kabel

Perkongsian wanita itu mengenai waktu rehat yang lama ketika hari Jumaat telah mengundang perhatian ramai sehingga ada yang bertanya bagaimana untuk memohon kerja di situ.

Menjawab pertanyaan itu, wanita terbabit mendakwa dia bekerja dalam sektor awam di mana pejabatnya bersebelahan dengan sebuah pusat membeli-belah. Malah, dia mengatakan menggunakan ‘kabel’ untuk mendapat kerja di situ.

image is not availableimage is not available

Kenyataan wanita itu telah menyebabkan ramai pengguna media sosial mengkritiknya kerana menyifatkan wanita terbabit yang bekerja dalam sektor awam tidak mempunyai integriti.

Isu itu menjadi perbincangan hangat di platform terbabit, ada yang mengatakan wanita terbabit hanyalah pekerja kontrak (MyStep) dan tidak menjadi isu jika dia menggunakan orang dalam.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Ada yang mendakwa, kes tersebut telah diketahui oleh pihak pengurusan tertinggi jabatan berkenaan. Namun, tidak diketahui apakah tindakan selanjutnya.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.