
Kota Kinabalu: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata keutamaan beliau adalah melaksanakan tanggungjawab kementerian daripada terlibat dalam perdebatan politik semasa.
“Pemilihan sudah dibuat dan keputusan dicapai melalui proses tertentu. Saya percaya semua parti dalam PH mengamalkan prinsip demokrasi,” katanya ketika ditanya mengenai perdebatan berhubung pelantikannya sebagai Pengerusi PH Sabah selepas merasmikan Majlis Cabutan Bertuah Robert T 1994 di Pusat Membeli-Belah Suria Sabah, Ahad.
Advertisement“Namun, seperti pilihan raya lain, ada yang ingin membuat petisyen dan Suruhanjaya Pilihan Raya perlu melakukan pengesahan.
“Apa yang penting, proses telah selesai, keputusan telah dibuat, dan kita menghormatinya. Saya rasa itu saja komen saya. Saya bersedia untuk melaksanakan mandat yang diberikan. Saya mahu memberi tumpuan kepada keperluan usahawan Sabah dan rakyat selaras dengan mandat ini. Saya mahu mengurangkan perdebatan politik.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Ia tidak membantu Sabah, mahupun Malaysia. Fokus saya adalah pada mandat yang diberikan,” jelasnya.
Presiden Upko itu dilantik sebagai Pengerusi PH Sabah yang baharu pada 1 Disember 2024 semasa mesyuarat umum PH Sabah. Bagaimanapun, kesahihan pelantikannya dipersoalkan oleh beberapa pemimpin PKR Sabah yang mendakwa kuota untuk jawatan itu sepatutnya milik PKR, bukan Upko.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Jawatan itu sebelum ini dipegang oleh pemimpin PKR Sabah, Datuk Seri Christina Liew.
Dalam perkembangan lain, Ewon berkata kementeriannya melalui Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) telah memperkenalkan beberapa skim baharu.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Ini termasuk apa yang akan kami laksanakan di Sabah bersama Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah (MIDE), Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera, Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah, serta Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah,” katanya.
“Ini adalah sebahagian daripada dasar pandang ke Timur dalaman kementerian kami yang ingin kami laksanakan, iaitu untuk memberi inspirasi kepada skim dan inisiatif baharu yang memberi tumpunan kepada penglibatan usahawan di Sabah dan Sarawak.
“Sebagai seorang Menteri dari Sabah, saya ingin memberi tumpuan kepada inisiatif yang memberi manfaat kepada pembangunan keusahawanan di Sabah. Saya tidak akan menyentuh perkara selain daripada fokus kerja saya.
“Saya juga akan memulakan mesyuarat jawatankuasa khas untuk memantau projek sakit di Sabah,” katanya, sambil menambah, kira-kira 400 projek Persekutuan tertunda, belum bermula atau sakit.
“Saya ingin menumpukan sepenuh tenaga saya untuk menjadi sebahagian daripada pemantauan dan penyelesaian ini,” tambahnya.
“Mengenai politik, saya percaya ada masa untuk perbincangan. Apa yang penting ialah mandat telah diberikan, tanggungjawab telah diberikan kepada saya dan saya ingin melaksanakannya.
“Kementerian dan agensi-agensi kami seperti Pernas akan terus menawarkan perkhidmatan bersesuaian dan pembiayaan yang diperlukan oleh usahawan-usahawan ini untuk terlibat dalam sektor keusahawanan, menyumbang kepada ekonomi negara kita dan menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat kita. Ini adalah fokus saya untuk 2025,” katanya.
Terdahulu, Ewon mengucapkan tahniah kepada Pernas sebagai agensi di bawah kementeriannya yang sentiasa mencari dan membangunkan usahawan dan perniagaan baharu, terutamanya dalam sektor francais untuk berada di pasaran.
Beliau berkata, setakat ini, Pernas sudah menyalurkan RM461 juta dalam pembiayaan francais kepada 2,283 usahawan francais sejak 2014. Daripada jumlah ini, RM12.4 juta disalurkan kepada 68 usahawan Sabah.
“Untuk 2025, sejumlah RM6 juta diperuntukkan khas untuk pembiayaan melalui Program Penglibatan Usahawan Muda (YOUNITY) dan Program Penglibatan Usahawan Wanita Berjaya (Sweet), RM3.5 juta untuk program I-VIP, manakala RM29 juta diperuntukkan khusus untuk pembiayaan francais dan pra-francais.
“Saya dimaklumkan bahawa jenama Robert T 1994 mempunyai 35 cawangan di Sabah termasuk di Indonesia dan Brunei Darussalam.
“Saya difahamkan kerjasama antara Pernas dan Robert T 1994 sudah dimulakan sejak 2023. Melalui nasihat dan bantuan Pernas, Robert T 1994 kini dalam proses mendapatkan lesen francais,” katanya.
Ewon berkata, Pernas telah menyediakan pembiayaan sebanyak RM500,000 kepada Robert T untuk menambah tiga cawangan milik korporat di Suria Sabah Shopping Mall, Bandar Baru Keningau, dan juga di Tawau.
“Walaupun ia bermula pada 2020, dengan cawangan yang dimiliki di Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Keningau, Kota Belud dan banyak lagi, ia membuktikan bahawa jenama ini berkembang pesat dan menjadi salah satu kebanggaan jenama tempatan Sabah.
“Saya gembira kerana industri francais berkembang dengan pesat dan ini adalah petanda baik apabila lebih ramai menceburi perniagaan francais. Senario positif ini memberi manfaat kepada negara kerana ia dapat merangsang ekonomi domestik,” kata Ewon.
Beliau berkata, setakat ini, sejumlah 3,565 usahawan francais terdiri daripada pemberi francais dan penerima francais didaftarkan di bawah Sistem Malaysia Franchise Express 2.0 (MyFEX 2.0).
“Di Sabah, pelbagai jenama francais tempatan seperti Sinar Suria, Nuvis, Fook Yuen, Mok dan Happy Potato telah memeriahkan industri francais. Pernas kini aktif mempromosikan jenama francais tempatan melalui kerjasama antara kementerian dan agensi-agensi di Sabah.
“Tahun lepas, satu program dikenali sebagai Program Pemberdayaan Usahawan Sabah (Push) dengan kerjasama MIDE telah membimbing 40 usahawan untuk mentransformasikan perniagaan mereka agar lebih sistematik dan moden serta bersedia untuk dibangunkan ke arah francais.
“Harapan saya adalah supaya lebih banyak perniagaan francais dapat dibuka di Sabah dan seluruh Malaysia. Saya juga ingin melihat perniagaan berpotensi seperti Robert T 1994 dikenalpasti dan dibangunkan untuk meningkatkan pendapatan usahawan sambil menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
“Saya percaya usaha berterusan dari kementerian dan agensi kerajaan seperti Pernas boleh melahirkan lebih ramai usahawan francais tempatan.
“Kami di kementerian akan sentiasa komited dan bertanggungjawab untuk memastikan kejayaan usahawan dalam semangat Malaysia Madani untuk memacu pembangunan negara ke tahap yang lebih cemerlang dan memastikan ekosistem perniagaan negara kekal kompetitif dan mampan,” katanya.
Turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pernas merangkap Ketua Pegawai Operasi Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah, Pengarah Eksekutif Robert T 1994 Dr Robert Tang dan Pengurus Besar Robert T 1994 Hwang Chyi Chyi.

