
Kota Kinabalu: Tidak wujud isu dalam pemilihan Presiden Upko Datuk Ewon Benedick sebagai Pengerusi PH Sabah baharu, kata Setiausaha Majlis Pimpinannya Datuk Nelson W Angang.
Beliau berkata pengerusi dan pemimpin komponen secara demokratik telah mengambil bahagian dalam memilih Ewon semasa mesyuarat agung mereka awal bulan ini (1 Dis).
Advertisement“Saya yakin setiap ahli komponen memahami dan menghormati proses pemilihan. Ini bukan kali pertama PH Sabah mengadakan mesyuarat agung untuk memilih pengerusi.
“Inilah keunikan PH Sabah, kita diberi kuasa autonomi untuk menentukan pucuk pimpinan. Sebab itu saya yakin tidak ada campur tangan mana-mana pemimpin PH pusat terhadap keputusan itu.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Jawatan di mana-mana negeri untuk PH di Malaysia tidak dikhaskan untuk mana-mana parti komponen tertentu.
“Perlembagaan PH memperuntukkan supaya pengerusi bagi setiap negeri dipilih setiap kali mesyuarat agung diadakan,” katanya dalam satu kenyataan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Nelson berkata, majlis pimpinan PH Sabah akan berbincang dan memutuskan sama ada mengekalkan atau memilih pengerusi baharu daripada kalangan komponen lain Amanah, DAP dan PKR dalam mesyuarat akan datang.
“Setiap ahli dan pemimpin PH memahami perkara ini dan menghormati Perlembagaan PH.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Saya pasti kerjasama, persefahaman dan kematangan dalam setiap perbincangan dan keputusan yang dibuat dalam kalangan pemimpin PH Sabah selama ini akan terus memastikan PH Sabah kekal bersatu dan kukuh,” katanya.
