Ewon rai raya, Kaamatan bersama penduduk di tiga Kampung

7 Apr 2025 • 10:28 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan bersama penduduk di tiga kampung kawasan Kadamaian, Jumaat lalu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, tiga kampung berkenaan merupakan Kampung Piak, Kampung Tambulion Ulu, dan Kampung Tegudon.

Beliau memuji inisiatif penduduk kampung menganjurkan perayaan terbabit dan menyatakan sokongan terhadap program sedemikian bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat.

“Sambutan Hari Raya, Pesta Kaamatan, Krismas dan sambutan keagamaan lain bukan sekadar perayaan, tetapi platform terbaik untuk memperkukuhkan perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama”.

“Saya berharap acara-acara seperti ini diteruskan untuk mengukuhkan hubungan antara penduduk Kadamaian. Saya yakin semangat kekeluargaan, perpaduan kaum dan keharmonian kaum di Sabah khususnya di Kadamaian boleh menjadi teladan kepada rakyat di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ewon memulakan lawatan di Kadamaian dengan merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Kampung Piak dan meninjau hasil pelaksanaan jalan konkrit perumahan kampung.

Seterusnya, Ewon menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dihoskan oleh Pengerusi JKKK Kampung Tambulion Ulu, Hildawatih Sikul.

Ewon kemudiannya menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dihoskan oleh Pengerusi JKKK Kampung Tegudon, Norfazilan Abdullah.

Sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat, Ewon turut menyampaikan sumbangan Yayasan Bank Rakyat Kaamatan dan Hari Raya kepada 20 penerima di Kampung Piak, 60 golongan asnaf dari Kampung Tambulion Ulu, Kampung Tambulion Laut dan Kampung Sorob serta 20 penerima lagi di Kg Tegudon.