
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali tibanya Hari Raya, pasti kita semua tidak akan melepaskan peluang untuk pulang ke kampung bagi meraikan lebaran bersama keluarga tersayang.
Bagi mereka yang dah berkahwin pula, pasti akan membahagikan masa untuk pulang ke kampung isteri dan juga suami agar kedua-duanya dapat berjumpa dengan ibu bapa bagi menyambut kemenangan ini.
Apabila pulang beraya ke kampung, ada segelintir yang akan memilih untuk menginap di hotel atau inap desa disebabkan ruang bilik yang tidak cukup dan sebagainya.
Namun pastinya situasi seperti ini membuatkan keluarga tidak puas untuk berkumpul antara satu sama lain.
Wanita kongsi bapa mentua siap sediakan khemah untuk anak menantu pulang beraya
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi bapa mentuanya berusaha untuk membuatkan anak menantu yang pulang beraya berasa selesa sepanjang menginap di rumahnya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @frhdafri di TikTok, awalnya kelihatan ayah mentuanya sedang menyediakan tempat tidur buat anak serta menantunya dengan mengeluarkan sebuah khemah berwarna biru.
Khemah tersebut yang mirip seperti ‘khemah bencana’ turut dilihat begitu besar serta boleh memuatkan sekitar tiga hingga empat individu untuk tidur di dalamnya.
Bukan setakat khemah, keluarga mentuanya juga turut menyediakan satu lagi ruangan tertutup yang diubah menjadi bilik bagi memudahkan anak menantunya untuk tidur dengan selesa.
Yelah apabila Hari Raya, pasti setiap anak-anak serta menantu memerlukan ruang untuk menukar baju, tempat tidur dan sebagainya.
Kelihatan bapa mentua pentingkan keselesaan anak menantu
Perkara ini secara tidak langsung menunjukkan keluarga mentua wanita berkenaan sangat mementingkan keselesaan buat anak serta menantunya sepanjang menginap di rumah mereka.
“Setiap kali balik raya, mesti ayah dah siapkan dua bilik ekstra. Yang satu keluarga ni berkhemah dalam rumah.
“Yang lagi satu ada partition (bahagian) belah ni pula, yeay boleh tidur dengan selesa!” kata wanita berkenaan.
Siap pasang aircond nak anak dan menantu selesa
Bukan hanya itu, wanita terbabit turut memaklumkan bapa mentuanya juga memasang penyaman udara atau pendingin hawa untuk mereka kekal selesa untuk tidur di rumahnya.
“Langsir oren pun oren lah. Dah jadi acara tahunan. Dari tiada pendingin hawa, dah ada aircond,” katanya di dalam kapsyen.
langsir oren pun oren lah 🥹 dah jadi acara tahunan hehe. dari tkde econ dah ada econ @Faa ✨🦋ModestOutfitInspo
Ramai puji ambil penting bab aurat anak dan menantu
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji usaha keras bapa mentua wanita berkenaan.
Ini kerana, dia bukan hanya mahu anak dan menantu selesa sepanjang berada di rumah bahkan turut memudahkan mereka untuk menjaga aurat apabila menyiapkan bilik berasingan.
Bukan hanya itu, ada juga yang bertanya di manakah mereka membeli khemah yang sering dipakai di pusat pemindahan sementara (PPS) apabila berlaku insiden seperti banjir dan sebagainya.
Wanita itu kemudiannya memaklumkan khemah berkenaan boleh didapatkan di atas talian seperti aplikasi Shopee dan sebagainya.
Ada juga mengatakan bapa mentua wanita berkenaan dilihat begitu gembira menyediakan ‘bilik’ terbabit.
“Nah beli mana khemah banjir tu? Muat simpan dalam kereta tak?”

“Keluarga hebat! No joke mengenai aurat. Susah rasa nak ketengahkan mengenai aurat sorang-sorang dalam keluarga”

“Seronok nampak ayah tu”

“Syurga buat ibu bapa yang memahami sebegini sekali”




![Siap Panggil Polis! Wanita Terkejut Jumpa Kaki ‘Manusia’ Tertanam Dalam Tanah Tepi Pantai, Rupanya… [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)