‘Excited’ Nak Raikan Gol, Pemain Bola Sepak Terlanggar Tiang Sampai Benjol Kepala

Entertainment
28 Jan 2024 • 3:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pemain bola sepak kelab Brugge dari Belgium terpaksa menahan kesakitan setelah terlanggar tiang di sebelah palang gol. Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas pemain itu mengelecek bola dihadapan penjaga gol untuk membuat jaringan.

Dalam video tersebut, pemain itu berlari ke arah tepi tiang gol untuk melihat sama ada bola itu melepasi garisan gol. Bagaimanapun, dia tidak sedar ada tiang di sekitar kawasan tersebut.

Disebabkan kelucuan video terbut, ia menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Bagaimanapun, pemain tersebut terbaring seketika selepas menghentam tiang.

Akibat pelanggaran itu, kepala pemain menjadi benjol dan lebam. Namun, perkara tersebut membuatkan rakan sepasukannya tidak dapat menahan gelak.

Sebaik habis perlawanan, rakannya masih tidak dapat menahan ketawa dan pemain itu juga tidak menjangkakan kepalanya benjol sebegitu.

Kena hati-hati main sukan. Perhatikan keadaan sekeliling dahulu barulah raikan gol!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.