Exco Pelancongan Selangor Syor Adakan Ujian Air Kencing Sebelum Masuk Konsert

Entertainment
6 Jan 2025 • 4:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kematian empat individu di sebuah konsert ambang tahun baru yang diadakan di Selangor baru-baru ini menimbulkan pelbagai kerisauan.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata saringan ujian air kencing antara syor prosedur operasi standard (SOP) boleh dilakukan kepada para pengunjung konsert.

image is not available

Menurutnya, penganjuran sesuatu konsert memberikan impak yang baik namun disebabkan insiden yang berlaku di konsert tersebut telah beri imej negatif.

“Dulu saya pergi ke Genting Highlands menyaksikan konsert Kitaro, semua diperiksa termasuk mesin pengimbas dan beg dompet pun kena keluarkan.

Kali ini mungkin urin pun kena ‘check’. Itu antara mungkin syor supaya orang yang menyalahgunakan dadah atau penagih dadah tidak benarkan masuk.

Jadi kita mahu perketatkan dan tengok mana boleh kerjasama dilakukan antara polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Apabila kita beri lesen atau permit, kita akan pastikan penganjur betul-betul periksa (terutama berkaitan dadah ini),” katanya.

Difahamkan, akan ada garis panduan baharu serta pelaksanaan sesuatu konsert di Selangor dan perbincangan akan dilakukan antara Exco Belia dan Sukan Selangor, Mohd. Najwan Halimi dengan Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.