Exco Selangor Kecam, Mahu Individu Serang Dua Wanita Segera Dikesan

LocalPolitics
10 Aug 2024 • 12:43 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Exco Selangor Kecam, Mahu Individu Serang Dua Wanita Segera Dikesan

SHAH ALAM, 9 Ogos (Bernama) — Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah berharap pihak berkuasa segera mengesan individu yang menyerang dua wanita di sebuah surau berhampiran sekolah agama rakyat di Kelana Jaya dekat sini hari ini.

Beliau berkata rumah ibadat dan sekolah seharusnya menjadi tempat yang selamat untuk setiap rakyat.

Mohammad Fahmi berkata tindakan biadap dan intimidasi seperti itu hanya wajar dibalas oleh suatu respons yang segera, keras dan tegas oleh semua pihak berkuasa terlibat.

“Saya berharap orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu segera melaporkan kepada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau pada masa sama turut mendoakan kedua-dua mangsa sembuh.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar mengesahkan kejadian yang berlaku kira-kira 1.30 tengah hari tadi dan memaklumkan pihaknya sedang giat mengesan suspek terlibat.

Kedua-dua mangsa berusia 20-an dan 50-an yang mengalami kecederaan kini dirawat di Hospital Shah Alam.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved