EXCO: Serang wanita di surau tindakan biadab, harap polis segera berkas pelaku

LocalPolitics
9 Aug 2024 • 11:11 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 9 OGOS: EXCO hal ehwal agama Islam mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab penjenayah yang mencederakan dua wanita dengan pisau di Surau Ehsaniah SS 5A, Kelana Jaya, petang tadi.

Dr Fahmi Ngah berharap orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung insiden itu agar segera melaporkan kepada polis sekali gus membantu pihak berkuasa memberkas penjenayah berkenaan.

“Saya telah memohon polis agar segera memburu penjenayah ini dan memaksimakan segala bentuk tindakan undang-undang yang boleh dikenakan sekiranya didapati bersalah.

“Rumah ibadat dan sekolah wajib menjadi tempat yang selamat untuk setiap rakyat. Saya mendoakan agar mangsa diberikan afiyah dan kesembuhan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar mengesahkan kejadian yang berlaku kira-kira 1.30 tengah hari tadi dan memaklumkan pihaknya sedang giat mengesan suspek terlibat.

Difahamkan seorang gadis berumur 20-an dan seorang ustazah, 50-an, yang tercedera dalam kejadian itu dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, seorang daripada ahli jawatankuasa surau berkenaan yang enggan dikenali berkata hasil rakaman kamera litar tertutup di surau itu diserahkan kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved