EXCO: Status geopark bakal jadi tarikan pelancong ke Gombak-Hulu Langat

17 Aug 2022 • 8:05 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

AMPANG, 17 OGOS: Hala tuju status Gombak-Hulu Langat (GHL) ke arah Geopark Kebangsaan adalah selaras dengan matlamat Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

EXCO alam sekitar dan teknologi hijau berkata mengikut RS-1, Kerajaan Negeri menyasarkan supaya Selangor menjadi sebuah negeri Pintar, Berdaya Huni dan Makmur menjelang 2025.

“RS-1 merangkumi empat teras strategi iaitu pengukuhan ekonomi, mempertingkatkan inklusiviti sosial dan kesejahteraan rakyat, pemacuan kelestarian dan tadbir urus smart dan berkesan.

“Pelaksanaan projek Gombak-Hulu Langat Geopark ini semestinya selari dengan keempat-empat teras strategi yang saya sebutkan tadi dan sememangnya memberikan impak terhadap pelaksanaan RS-1 secara keseluruhannya khsusnya dalam sektor pelancongan,” katanya.

Hee Loy Sian berkata demikian ketika merasmikan Sesi Penilaian Kebangsaan GHL Geopark di Grand Barakah Hotel di sini, semalam.

Beliau berkata pelaksanaan Gombak-Hulu Langat Geopark juga akan memberi limpahan positif kepada negeri ini dan ia nyata selari dengan RS-1.

“Pelan Induk Pelancongan Negeri Selangor 2021-2026 ini dijangka akan menggandakan jumlah kedatangan pelancong, meningkatkan pendapatan serta resit pelancongan, merancakkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan baru dalam sektor pelancongan khususnya,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved