Exco Terengganu Dicekup SPRM, Didakwa Arah Dua Anak Masuk GLC

LocalPolitics
22 Feb 2026 • 1:02 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang Exco Kerajaan Negeri Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu selepas disyaki menyalahgunakan jawatan bagi mengarahkan dua anaknya diambil bekerja di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

image is not available

Ditahan sewaktu hadir beri keterangan

Memetik laporan daripada Harian Metro, sumber menyatakan suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira 11.15 pagi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kemaman.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada tahun 2018 dan 2020,” ujarnya.

image is not available

Disyaki salah guna kuasa

Difahamkan, suspek juga merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dan dipercayai menggunakan jawatan yang ada untuk melakukan perkara tersebut.

“Suspek yang juga seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) salah sebuah daerah di negeri ini dipercayai menggunakan jawatan dan kedudukannya sebagai exco dan Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat untuk mengarahkan kedua-dua anaknya diambil bekerja di dua anak syarikat kerajaan negeri,” katanya.

image is not available

Artikel lain: Disyaki Minta Rasuah, Pegawai Kanan Polis Antara Lima Anggota Ditahan SPRM

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan suspek akan dituduh dalam masa terdekat.

Sumber: Harian Metro (Nazdy Harun)

The post Exco Terengganu Dicekup SPRM, Didakwa Arah Dua Anak Masuk GLC appeared first on Borak Daily.