Exco Wanita PKR Minta Henti Sebar Video Perbualan Aib Dua Individu

17 Nov 2023 • 1:35 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta orang ramai menghentikan penyebaran rakaman memaparkan panggilan video antara dua individu yang ‘mengaibkan’ di media sosial.

Ketua Biro Pembangunan Komuniti Wanita, Rozy Razit berkata, dia percaya bahawa penularan video itu dilakukan oleh pihak tertentu bermotifkan politik yang bertujuan mendatangkan ketidaksenangan kepada Kerajaan Perpaduan.

image is not available

“Hari ini kita telah dikejutkan dengan tersebarnya video rakaman “video call” diantara 2 individu yang sangat mengaibkan.

“Pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan bahawa beberapa tahun lalu juga pernah tersebar video yang kononnya membabitkan pemimpin tertentu yang kemudiannya didiamkan begitu sahaja sehingga kini,” katanya.

Rozy berkata demikian dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi sebuah hantaran di laman Facebook miliknya, awal pagi Jumaat.

Sementara itu, dia mengakui kesal dengan penyebaran video berdurasi tiga minit tiga saat itu selain menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi melakukan siasatan selanjutnya.

“Saya menyeru kepada semua pihak untuk memberhentikan penyebaran video seumpama ini dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakkan,” ujarnya.

Sejak semalam, tular video perbualan tidak senonoh seorang lelaki yang mirip dengan bekas ketua pengarah di sebuah jabatan kerajaan sehingga mengundang perhatian netizen.

Sumber: Facebook Rozy Razit

View Original Article