“Khilaf Saya Tak Pastikan Kejadian Itu Benar Atau Tidak” – Wanita Tuduh Pemandu Bas Bercium Mohon Maaf Secara Terbuka

Entertainment
15 Nov 2023 • 4:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setelah mendakwa dua orang pemandu bas ekspres berkelakuan tidak senonoh di dalam bas, wanita yang menyebarkan video berkenaan tampil memohon maaf di TikTok.

Dapat dilihat dalam kenyataan yang dimuat naik, individu yang dikenali sebagai Iffah Danisha itu akui kekhilafannya merakam serta memuat naik video berkenaan di platform media sosial hingga menimbulkan fitnah.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, wanita itu turut berkata dirinya sudah pun bertemu dengan pihak pengurusan sebelum video yang dimuat naik itu tular di media sosial dan menyelesaikan isu ini secara baik.

Bahkan, sudah pun memadam video berkenaan dari laman akaun media sosialnya.

image is not available

Iffah sekali lagi memohon maaf terhadap dua orang individu berkenaan kerana telah memfitnah serta mencalarkan imej mereka hingga dicaci-maki netizen.

Sebelum ini, seorang individu mendakwa seorang pekerja lelaki sebuah syarikat bas ekspres bercumbu dengan seorang wanita yang merupakan pemandu utama.

image is not available 1 day ago

"Menjawab La Kat Akhirat Nanti" - Wanita Dedah Perkara Sebenar Kes Pemandu Bas S*ngap Dengan Kelindan