Eyka Farhana & Akhyar Rashid Umum Bakal Timang Cahaya Mata Sulung

EntertainmentFootball
7 Feb 2026 • 3:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Pelakon Eyka Farhana hari ini mengumumkan dirinya sedang hamil anak sulung menerusi satu perkongsian di aplikasi Instagram dan TikTok.

Aktres yang dikenali menerusi drama Budak Tebing serta filem Autumn in Wales itu mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, pada 2 Mei tahun lalu selepas mengikat tali pertunangan pada 2024.

@misseyka.f

From two hearts to three masyaallah tabarakallah Our greatest blessing is on the way.

Eyka telah berkongsikan berita gembira itu menerusi akaun media sosialnya beserta kapsyen, “Daripada dua hati, menjadi tiga. Masya-Allah, Tabarakallah. Anugerah terbesar kami dalam perjalanan ini”.

From two hearts to three
Masyaallah Tabarakallah, our greatest blessing is on the way,” kongsi Eyka di Instagram.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti turut mengucapkan tahniah kepada pasangan pelakon dan atlet bola sepak ini.

Eyka turut berkongsikan foto imbasan kehamilan dalam hantaran berkenaan.

Tahniah Eyka & Akhyar! 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.