Eyka Farhana Menangis Tengok PGLM, Kagum Lihat…

9 Nov 2026 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Eyka Farhana Menangis Tengok PGLM, Kagum Lihat…

Pelakon, Eyka Farhana berkongsi pengalaman dirinya menonton teater muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) yang disifatkan sebagai sebuah persembahan teater yang cukup indah dan memukau.Menerusi perkongsian di Threads, Eyka mengakui sukar untuk menggambarkan dengan kata-kata perasaan yang dialaminya sepanjang menyaksikan persembahan tersebut yang berjaya membuatkan dirinya menitiskan air mata.“Saya menangis teresak-esak ketika menonton PGLM sebentar tadi. Sejujurnya, saya tidak mampu menggambarkan dengan kata-kata betapa indah dan magisnya keseluruhan persembahan itu.“Setiap babak, setiap emosi dan setiap detik kecil yang dipersembahkan benar-benar menyentuh hati saya,” tulisnya.Tambah Eyka, dia turut dapat merasai kesungguhan, minat dan jiwa yang dicurahkan seluruh tenaga produksi dalam menjayakan pementasan berkenaan.Menurutnya, persembahan teater PGLM ini juga telah membuatkan dirinya berasa kagum dengan bakat yang ditampilkan setiap pelakon dan pihak yang terlibat.“Saya dapat rasa sendiri kasih sayang, kesungguhan dan jiwa yang dicurahkan oleh semua yang terlibat untuk menghidupkan kisah ini.“Saya meremang, air mata bergenang dan hati dipenuhi rasa kagum. Mereka semua benar-benar luar biasa. Sungguh satu pengalaman yang cukup indah,” tambahnya lagi.Sumber: Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved