Eyka Farhana Sarung Busana Songket Biru Lembut Di Majlis Bertandang Curi Perhatian Netizen - “Yang Ini Memang Naik Seri”

16 May 2025 • 9:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selebriti Eyka Farhana dan suami yang juga pemain bola sepak terkenal, Akhyar Rashid, sekali lagi mencuri tumpuan di media sosial, baru-baru ini. 

Majlis Bertandang Di Kedah

Terbaharu, pasangan manis yang baru sahaja disatukan itu memukau dalam majlis bertandang sebelah pihak lelaki, yang berlangsung di Kedah hujung minggu lalu.

Manis mengenakan busana songket biru lembut disulam rona emas, ternyata kedua-dua mempelai tampak begitu sepadan dan serasi, bak pinang dibelah dua. 

“Songket disarung penuh bergaya, tersenyum manis di bumi Kedah, tradisi lama tetap dijaga, bangga berbaju warisan pusaka,” coret Eyka.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memuji kecantikan dan aura Eyka.

Malah ramai juga menyifatkan busana dan solekan Eyka menjadikan ‘seri pengantin’ semakin menyerlah.

“Dalam banyak-banyak busana semua lawa, tapi yang ini baru naik seri. Cantik ye,” puji peminat.

“Bestnya banyak kali dia sanding. Baju moden dengan klasik semua merasa pakai and semua simple tapi cantik gila,” komen netizen.

“Sukanya klasik macam ni, cantik sangat Eyka,” tulis peminat.

“Yang putih haritu nampak biasa yang ini memang naik seri,” tulis netizen lain.

“Baju simple tapi naik seri sungguh weh suka tengok,” puji peminat lagi.

“Cantiknya pakai colour ni!!! Naik terus seri,” komen netizen.

Untuk info, Eyka Farhana dan pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selamat bernikah dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup di The Lake Ampang, Kuala Lumpur, pada 2 Mei lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved