
PELAKON Eyka Farhana berkongsi berita gembira telah selamat bersalin anak sulungnya pada Sabtu.
Memuat naik foto si kecil dan detik kelahiran di laman sosial, pelakon Ema Emyliana yang bersalin secara normal menyifatkan momen berkenaan adalah kenangan terindah.
"Masya-ALLAH, tabarakallah, detik paling indah dalam hidup saya berlaku pada 16 Mei 2026.
"Alhamdulillah, Baby L telah selamat dilahirkan secara normal. Semua kesakitan terus hilang saat aama melihat wajah kecilmu, sayang," kongsinya.

Dalam pada itu, pemilik nama Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 31, berkongsi nama yang dipilih buat putera tercinta yang terdahulu dinamakan Baby L.
"Selamat datang ke dunia, hero mama, Muhammad Luay Khayr bin Muhammad Akhyar.
"Kamu sangat disayangi, berharga dan sejak awal lagi sudah menjadi bahagian terbesar dalam hati kami. Mencintaimu lebih daripada apa yang mampu digambarkan dengan kata-kata," titipnya.
Sementara itu, suami Eyka, pemain bola sepak kebangsaan Akhyar Rashid menzahirkan kesyukuran dan berterima kasih kepada isterinya atas pengorbanan melahirkan Muhammad Luay Khayr.
"Alhamdulillah Ya ALLAH. Selamat datang Muhammad Luay Khayr bin Muhammad Akhyar.
"Masya-ALLAH Tabarakallah, cinta terbesar kami. Alhamdulillah atas perjalanan yang indah ini.

"Dan untuk isteriku, terima kasih sayang kerana begitu kuat melalui segalanya.
Terima kasih kerana menjadikan saya seorang ayah," titip Akhyar.
Perkongsian pasangan berkenaan menerima ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan para peminat. Rata-rata mendoakan agar Muhammad Luay Khayr membesar dengan baik dan mengucapkan selamat berpantang buat Eyka.
Pemenang Pelakon Utama Wanita Terbaik Asian Academy Creative Awards 2020 itu terdahulu berkongsi berita kehamilannya pada Februari lalu.
Untuk rekod, Eyka dan Akhyar berkahwin pada pada 2 Mei 2025.
