Eyra Hazali anggap lawak ‘pentaksub bola’ mahu simbah asid ke suami tak kelakar

LocalEntertainment
16 Dec 2024 • 10:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Eyra Hazali anggap lawak

Selebriti, Eyra Hazali anggap lawak yang dilontarkan seorang ‘pentaksub bola’ dipercayai dari negara seberang berkenaan tindakan menyimbah asid ke suaminya, Haziq Nadzli sebagai tidak kelakar.

Perkara itu dinyatakan Eyra menerusi laman X miliknya apabila membalas ciapan biadap tersebut.

image is not available

Eyra Hazali anggap lawak simbah asid tak kelakar

Menerusi akaun X pentaksub bola berkenaan, dia seakan menjadikan tindakan menyimbah asid sebagai sesuatu yang lawak selepas memburuk-burukkan pasukan Harimau Malaya, penyokong serta rakyat Malaysia.

Dia juga dengan angkuh membalas semula hantaran dibuat Eyra dengan menyatakan kata-kata yang dilemparkan adalah sarkastik dan menuduh pelakon itu tidak memahami apa yang disampaikan.

image is not available

Pentaksub bola marah Eyra Hazali anggap lawak tak kelakar

‘Pentaksub bola’ berkenaan turut menyuarakan rasa tidak puas hati apabila mengungkit semula kejadian di sebuah stadium di Indonesia sehingga mengorbankan ramai penonton dengan menuduh rakyat Malaysia membuat lawak perihal kemalangan tersebut.

“Kau tengok itu kalimatku sebuah ancaman apa satire? Banyak orang kau buat kelakar pasal Kanjuruhan tak pakai otak lagi,” tulisnya.

Buat laporan polis je Eyra

Ciapan yang dibuat oleh isteri kepada penjaga gawang pasukan Harimau Malaya itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada netizen di media sosial.

Kebanyakkannya meminta supaya selebriti itu membuat laporan polis berhubung ugutan tersebut kerana boleh mengancam keselamatan keluarganya serta suami.

image is not available

Saman je dia, biadap sangat

image is not available

Report akaun X dia!

image is not available

Terdahulu, pelakon tersebut ada memuat naik satu hantaran di Insta Story apabila berasa ralat dengan tindakan sesetengah pihak yang mendoakan agar suaminya lumpuh serta turut mengaitkan anak-anak mereka.

Hal ini susulan kekalahan pasukan Harimau Malaya dalam aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN pada Sabtu lalu sewaktu menentang Thailand dan Haziq Nadzli dikatakan menjadi punca gawang pasukan negara bolos.

Sumber: X eyrahazali