Redmi 7A Akan Hadir Dengan Snapdragon 439 Dan Bateri 4000mAh

26 May 2019 • 10:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Redmi sebelum ini telah memperkenalkan telefon pintar dengan spesifikasi asas dan penggunaan antaramuka MIUI, iaitu Redmi 6A. Kini, untuk tahun 2019, mereka dalam persiapan melancarkan kemaskini untuknya yang bakal dinamakan Redmi 7A — dan dijangka dilancarkan secara rasminya bersama-sama Redmi K20 pada minggu hadapan.

image is not available

Redmi 7A bakal menyertakan skrin 5.45-inci HD+, dijana cip Snapdragon 439, dan bateri berkapasiti 4000mAh. Ia bakal turut hadir dengan kamera belakang 13-megapixel untuk rakaman gambar.

Harga jualan dan penggunaan memori serta storan dijangka akan diumumkan secara rasminya pada pelancaran peranti ini yang dijangka pada 28 Mei 2019 ini.

image is not available