F1: Antonelli didakwa sertai Ferrari

13 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

F1: Antonelli didakwa sertai Ferrari

Juara dunia termuda dalam sejarah Formula Satu (F1), Kimi Antonelli, didakwa akan menyertai Ferarri pada 10 tahun akan datang.

Ia, selepas pandangan daripada bekas ketua pasukan Haas, Guenther Steiner, yang yakin bahawa pelumba berusia 20 tahun itu akan berpindah ke Ferarri suatu hari nanti.

Pelumba Mercedes itu menjadi individu pertama yang menamatkan penantian dari Itali untuk merangkul gelaran dunia selepas kali terakhir kejayaan itu dicapai Alberto Ascari pada 1953.

"Dia masih terlalu muda dan pada pandangan saya, suatu hari nanti dia akan memandu untuk Ferrari.

— Everything Formula (@evrythngformu1a) November 12, 2026

"Adakah ia akan berlaku dalam masa terdekat? Tidak. 

"Mungkin 10 tahun lagi. Namun, sebagai pelumba Itali yang memiliki bakat sepertinya, dia pasti akan memandu untuk Ferrari.

"Saya melihatnya dari sudut berbeza. Ferrari yang akan mendapatkannya. Dia boleh menyertai mereka esok jika dia mahu," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved