F1 Sepang Jana Kesan Limpahan Lebih RM345 Juta Kepada PMKS Tempatan

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 11:31 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Rumusan Artikel

  • F1 Bahrain Gulf Air di Sepang dianggarkan menjana lebih RM345 juta kepada PMKS tempatan.

  • Acara itu menarik kira-kira 261,000 penonton, hampir separuh dijangka pelancong asing.

  • Sektor seperti penginapan, makanan, pengangkutan dan peruncitan antara yang menerima manfaat.

  • Penganjuran F1 turut menyokong usaha memperkasa dan menskalakan PMKS di bawah RMK13.

Penganjuran Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini dianggarkan menjana kesan limpahan ekonomi lebih RM345 juta kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan, memetik Berita Harian.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim berkata, acara berkenaan menarik kira-kira 261,000 penonton, dengan hampir separuh daripadanya dijangka terdiri daripada pelancong asing.

Advertisement
View this post on Instagram

Menurutnya, jumlah kehadiran itu memberi kesan positif kepada ekonomi tempatan menerusi peningkatan perbelanjaan pelancongan serta permintaan terhadap produk dan perkhidmatan PMKS.

“Impak positif ini mencerminkan peranan penting acara sukan antarabangsa berskala besar dalam merangsang aktiviti ekonomi, khususnya melalui peningkatan perbelanjaan pelancongan dan permintaan terhadap produk serta perkhidmatan tempatan,” katanya.

PMKS Pelbagai Sektor Terima Manfaat

Antara PMKS yang menerima manfaat ialah sektor penginapan, makanan dan minuman, peruncitan, pengangkutan, hiburan, perkhidmatan berkaitan pelancongan serta aktiviti sokongan.

Steven berkata, penonton F1 diunjurkan berbelanja 2.17 kali ganda lebih tinggi berbanding kehadiran ke acara biasa, manakala pelancong asing lazimnya mencatatkan perbelanjaan lebih tinggi kerana tempoh penginapan yang lebih panjang.

“Perbelanjaan ini merangkumi penginapan, makanan dan minuman, pengangkutan, aktiviti membeli-belah serta pengalaman riadah,” katanya.

Beliau berkata kejayaan penganjuran F1 menunjukkan acara sukan antarabangsa berskala besar boleh dimanfaatkan untuk membuka lebih banyak peluang perniagaan dan akses pasaran kepada PMKS tempatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Datuk Nainy berkata manfaat daripada acara berkenaan turut menyokong agenda penskalaan PMKS di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

“Dalam konteks yang lebih besar, manfaat daripada penganjuran acara sukan antarabangsa berskala besar seperti acara F1 dan penglibatan PMKS ini juga secara tidak langsung menyokong matlamat jangka panjang SME Corp. Malaysia, khususnya agenda penskalaan PMKS yang disasarkan di bawah RMK13,” katanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

doktor kontrak pmx2026-10-08 12:59:41

PMX Akan Umum Keputusan Pegawai Perubatan Kontrak Dalam Belanjawan 2027 Esok

The post F1 Sepang Jana Kesan Limpahan Lebih RM345 Juta Kepada PMKS Tempatan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved