Penganjuran F1 GP Bahrain Di Malaysia Dianggar Jana Impak Limpahan Lebih RM345 Juta Kepada PMKS Tempatan

8 Oct 2026 • 5:34 PM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Penganjuran F1 GP Bahrain Di Malaysia Dianggar Jana Impak Limpahan Lebih RM345 Juta Kepada PMKS Tempatan
Imej oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (KUSKOP)

KUALA LUMPUR, 8 Oktober – Penganjuran Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini telah memberikan kesan limpahan yang menggalakkan kepada ekonomi Malaysia, terutamanya kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Acara tersebut berjaya menarik 261,000 penonton, dengan hampir separuh daripadanya dijangka terdiri daripada pelancong asing. Kesan limpahan kepada PMKS tempatan pula dianggarkan mencecah RM345 juta.

YB Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, menyatakan bahawa impak positif ini mencerminkan peranan penting acara sukan antarabangsa berskala besar dalam merangsang aktiviti ekonomi, khususnya melalui peningkatan perbelanjaan pelancongan dan permintaan terhadap produk serta perkhidmatan tempatan.

F1 GP Bahrain di Malaysia telah memberikan impak yang amat ketara kepada PMKS, khususnya yang beroperasi dalam industri penginapan, makanan dan minuman, peruncitan, pengangkutan, hiburan, perkhidmatan berkaitan pelancongan serta aktiviti sokongan yang lain. Penonton yang menghadiri acara F1 ini diunjurkan berbelanja 2.17 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan acara biasa. Malah, pelancong asing lazimnya berbelanja lebih banyak apabila mengambil kira tempoh penginapan yang lebih lama serta perbelanjaan bagi penginapan, makanan dan minuman, pengangkutan, aktiviti membeli-belah dan pengalaman riadah.

Menurut beliau lagi, berdasarkan kejayaan dan kesan limpahan yang diperoleh, Malaysia boleh memanfaatkan acara sukan antarabangsa seperti F1 sebagai platform untuk membolehkan PMKS meraih peluang dan akses pasaran yang lebih meluas serta meningkatkan penyertaan dalam rantaian nilai berkaitan pelancongan, hospitaliti

dan penganjuran acara. Usaha ini termasuk memperkukuh hubungan antara PMKS dengan pemain industri yang lebih besar, penganjur acara, pengusaha pelancongan dan pembekal tempatan supaya manfaat ekonomi yang dijana oleh acara berskala besar ini dapat dinikmati oleh lebih ramai peniaga kecil.

Sementara itu, YBrs. Encik Rizal bin Dato' Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, pula berkata, “Dalam konteks yang lebih besar, manfaat daripada penganjuran acara sukan antarabangsa berskala besar seperti acara F1 dan penglibatan PMKS ini juga secara tidak langsung menyokong matlamat jangka panjang SME Corp. Malaysia, khususnya agenda penskalaan PMKS yang disasarkan di bawah RMK13.”

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved