F1: Verstappen cipta sejarah, lakar kemenangan ke-10 berturut-turut

4 Sep 2023 • 11:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Verstappen meraikan kejayaan di podium selepas memenangi perlumbaan F1 Grand Prix Itali, di litar lumba Monza, Itali, 3 Sept 2023. - Foto AP

PELUMBA Red Bull, Max Verstappen mencatat kemenangan ke-10 berturut-turut dalam perlumbaan Formula Satu (F1) selepas kejayaan di Grand Prix (GP) Itali pada Ahad, memecahkan rekod dikongsi bersama Sebastian Vettel dari Jerman.

Menurut Agensi Anadolu, pemandu Belanda itu memenangi perlumbaan 53 pusingan di Autodromo Nazionale Monza di hadapan rakan sepasukannya Sergio Perez dan pemenang tempat ketiga Carlos Sainz dari Ferrari.

Verstappen yang berusia 25 tahun menyamai rekod Vettel pada 2013 apabila melakar sembilan kemenangan berturut-turut di Grand Prix Belanda pada hujung minggu lalu.

Pada Mei, F1 membatalkan Grand Prix Emilia Romagna, perlumbaan keenam musim ini, kerana banjir di utara Itali.

Pusingan seterusnya F1 pada musim 2023 akan diadakan di Singapura pada 17 September. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved