Magis Messi pikat Klopp

14 May 2020 • 8:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp memilih bintang Barcelona, Lionel Messi sebagai pemain yang lebih bagus berbanding tonggak utama Juventus, Cristiano Ronaldo.

Menurutnya, Messi mampu melakukan magis dalam situasi yang di luar jangkaan, namun tidak menolak pakej lengkap yang dimiliki Ronaldo.

"Kedua-dua mereka sangat bagus, tetapi bagi saya Messi memiliki sedikit kelebihan. Kami sudah beraksi menentang dua pemain berkenaan dan kedua-duanya sangat sukar untuk disekat.

"Tetapi Messi ada sedikit kekurangan dari segi fizikal dan Ronaldo memiliki kelebihan itu. Namun, fizikal Messi itu membantu aksinya lebih tangkas dan peranannya sangat penting ketika beraksi di atas padang.

"Ia sememangnya sukar untuk buat pilihan, tetapi apa yang sama serta dimiliki kedua-duanya adalah kemampuan mereka meninggalkan impak dalam sukan bola sepak ini," katanya.




View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved