Jokowi akhiri lawatan dua hari ke Malaysia

9 Aug 2019 • 4:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SEPANG - Presiden Indonesia, Joko Widodo mengakhiri lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia selepas jadual padat separuh hari dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sejak pagi ini.

Presiden itu, yang lebih dikenali sebagai Jokowi dan isteri, Iriana Joko Widodo berlepas dari Komplekis Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini untuk ke Singapura pada pukul 3.20 petang.

Turut hadir di lapangan terbang bagi mengucapkan selamat jalan kepada Presiden dan anggota rombongannya ialah Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, yang juga Menteri Pengiring dan isteri, Normah Alwi.

Turut hadir Duta Indonesia ke Malaysia, Rusdi Kirana.

Jokowi berlepas ke Singapura untuk menghadiri Perarakan Hari Kebangsaan Singapura bagi meraikan dua abadnya atas jemputan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong.

Juga dijemput ialah Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir dan Sultan of Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah.

Perarakan Hari Kebangsaan Dua Abad 2019 itu menjadi acara bersejarah bagi sempena ulang tahun ke-200 ketibaan Stamford Raffles di Singapura.- Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved