Facebook Akan Mengenakan Bayaran Untuk Akaun Profesional dan Pages Memuat Naik Pautan

TechnologyBusiness & Finance
18 Dec 2025 • 8:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Hampir dua dekad lalu Facebook membuka keahlian laman kepada semua dan dengan segera akaun syarikat ternama dan badan kerajaan mula muncul bagi memudahkan penyebaran maklumat. Tetapi kini beberapa pengguna mula menerima notifkasi jumlah pautan yang boleh dimuat naik di Facebook dihadkan kepada 2 sahaja sebulan melainkan mereka melanggan kepada Meta Verified.

image is not available

Notifikasi hanya diterima pelanggan yang menggunakan mod profesional dan Facebook Pages. Dalam kenyataan yang diberikan kepada Techcrunch, Meta mengatakan ciri ini masih sekadar ujian bagi mengumpul maklum balas pengguna mengenai membayar untuk memuat naik pautan.

Antara yang akan terjejas sekiranya ciri ini diwajibkan kelak ialah selebriti, pempengaruh, akaun jenama, laman web dan juga syarikat media. Meta sebelum ini mengatakan langganan Meta Verified akan memberikan capaian lebih tinggi di Facebook dan Instagram berbanding akaun biasa.

Di Malaysia harga langganan Meta Verified bermula daripada RM36.99 sebulan dan ini akan menjadi satu lagi kos perlu ditanggung syarikat jika ingin terus memuat naik pautan di Facebook. Dari sudut positif pula ia akan membolehkan pengesahan akaun benar-benar milik selebriti, pempegaruh dan syarikat bagi mengelakkan masalah penipuan yang berleluasa di platform menerusi kegiatan mencuri identiti.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved