Kakak Ustaz Firdaus Firabib Meninggal Dunia

20 Nov 2025 • 9:43 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kakak Ustaz Firdaus Firabib Meninggal Dunia

Mastura Mat Akhir, kakak kepada bekas Imam dan Pengerusi Masjid Al-Busyra, Merbok, Ustaz Mohd Firdaus Mat Akhir, dilaporkan meninggal dunia semalam.

Berita duka pemergian Allahyarhamah dikongsikan sendiri oleh Ustaz Firdaus menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya.

“Kak saya Mastura telah dijemput Allah. Allah lebih sayang dia. Dia seorang kakak yang baik selalu dahulu kami adik-adik dan tak pernah berkira.

“Namun ujian dia sangat besar. Semoga hang lebih tenang dan hilang segala kesakitan dan kesengsaraan di dunia. Semoga Allah menempatkan dia ditempat yang paling mulia di sisi Allah.

“Terima kasih semua yang doakan Mastura sebelum ni. Saya akan update semula waktu mana nak simpan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ustaz Firdaus turut memaklumkan bahawa jenazah Allahyarhamah telah dibawa pulang ke Kampung Kubang Pangas, Kedah.

Solat jenazah dijangka akan diadakan pada pukul 10 pagi hari ini di Surau Ittifaqiyyah, Kampung Kubang Pangas.

The post Kakak Ustaz Firdaus Firabib Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.