Meta kini dilihat terus mencatatkan rekod peribadi yang baik pada bulan ini. Selepas berjaya menjadi platform terpantas mencapai 100 juta pengguna melalui Threads, kini Meta berjaya turut mencatatkan 3 bilion pengguna aktif bulanan untuk Facebook.
Dan menariknya juga, Meta turut menyatakan ini adalah kali pertama Facebook mencatatkan peningkatan dari segi angka pengguna muda pada platform sosial tersebut.

Perkongsian terbaru ini hadir selepas pelbagai spekulasi mengatakan ramai yang kurang menggunakan platform sosial tersebut. Tetapi, data memperlihatkan sebaliknya dan platform tersebut dilihat terus meningkatkan penggunaannya dari hari ke hari.
Dengan mencapai angka 3 bilion, semestinya kini menjadi cabaran Facebook seterusnya untuk meningkatkan lagi angka pengguna mereka mencapai 4 bilion dalam tahun-tahun akan datang.
- Sumber
- TheVerge


