Usaha Malaysia memudah cara rundingan damai antara Thailand dan Kemboja mendapat perhatian meluas apabila ribuan rakyat Kemboja membanjiri laman Facebook rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan ucapan terima kasih dan penghargaan.
Langkah itu susulan termeterainya Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara kedua-dua negara hari ini iaitu satu pencapaian bersejarah yang dilihat sebagai titik tolak ke arah keamanan dan kestabilan di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja.

Foto: FB Anwar Ibrahim
Setakat pagi ini, hantaran mengenai perjanjian bersejarah itu telah menerima lebih 4,300 tanda suka, selain ribuan komen daripada warga Kemboja yang memuji kepimpinan Anwar dalam usaha membawa kedua-dua pihak ke meja rundingan.
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN, memainkan peranan penting sebagai perantara yang memastikan proses rundingan berjalan lancar sehingga mencapai persefahaman bersama antara Bangkok dan Phnom Penh.

Foto: FB Anwar Ibrahim
Perjanjian Damai KL dilihat bukan sahaja mengakhiri ketegangan lama antara Thailand dan Kemboja, tetapi juga memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai kuas diplomasi yang aktif di rantau Asia Tenggara.
Menerusi ruangan komen di laman Facebook Anwar, rata-rata pengguna media sosial menzahirkan rasa syukur serta penghargaan atas peranan Malaysia sebagai pemudah cara utama dalam rundingan berkenaan.

Foto: FB Anwar Ibrahim
Ada yang menyifatkan kejayaan itu sebagai lembaran baharu bagi keharmonian serantau dan bukti kukuh komitmen Malaysia terhadap keamanan ASEAN.
Respect and thanks to mister president

Thank you Malaysia

Terbaik DSAI

Sending love and respect from Cambodia

Sumber: Facebook @Anwar Ibrahim
The post Facebook PM Anwar Dibanjiri Ucapan Terima Kasih Rakyat Kemboja appeared first on Borak Daily.

