
Dengan pelbagai kandungan berasaskan AI, termasuk janaan gambar profil dan sebagainya, kini Facebook hadir dengan sebuah peanwaran baharu dinamakan Facebook Verified. Melaluinya, Facebook mengesahkan sesuatu akaun tersebut milik manusia dan bukannya AI atau bot.

Facebook Verified dilakukan dengan menggunakan pengesahan berasaskan swafoto. Pengguna akan diminta melakukan pengesahan menggunakan swavideo, yang ia seterusnya akan dipadankan dan disemak berasaskan gambar profil Facebook anda. Facebook mengatakan proses ini adalah percuma, dan boleh dilakukan dalam hanya beberapa minit.
Semua pengguna berusia 18 tahun dan ke atas boleh melakukan Facebook Verified ini. Buat masa ini, ciri ini sedang diuji di beberapa pasaran, sebelum diperluaskan ke semua negara seluruh dunia.



