
Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Salim Iskandar berhubung satu hantaran yang didakwa berunsur fitnah di media sosial.
Menurut kenyataan beliau, tindakan itu diambil selepas Salim Iskandar memuat naik satu hantaran yang mendakwa Ahli Parlimen terbabit mempunyai kaitan dengan etnik Rohingya.
Hantaran tersebut turut memaparkan ucapan tahniah yang berbunyi ‘Tahniah YB Fadhli Shaari etnik Rohingya pertama jadi ahli parlimen pertama di Malaysia’.
Baca juga:
Catatan doa dan persiapan Haji Lisa Surihani raih perhatian
Aduan ugutan jenayah Albert Tei terhadap Azam Baki diklasifikasikan sebagai NFA
MPKj sahkan binaan haram di Sungai Makau, keluarkan notis penguatkuasaan
Dalam hantaran sama, Salim turut membuat dakwaan berkaitan kehadiran komuniti Rohingya di negara ini dengan menyebut bahawa ‘negara dipenuhi musibah kebanjiran bangsa Rohingya’ serta mendakwa kononnya wujud Ahli Parlimen dari kalangan etnik Rohingya.
Ahmad Fadhli menegaskan bahawa beliau telah mengarahkan peguamnya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan atas penyebaran fitnah berkenaan.
“Saya sudah mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang kepada individu ini di atas hantaran fitnah,” katanya.
The post Fadhli ambil tindakan undang-undang terhadap Salim Iskandar appeared first on The Reporter.





