Fadhlina Tegas BAP RM150 Tidak Boleh Dipotong Untuk Yuran

LocalPolitics
13 Jan 2025 • 1:31 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pihak sekolah diingatkan untuk tidak membuat sebarang pemotongan terhadap Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM150 yang perlu diserahkan sepenuhnya kepada ibu bapa.

BAP RM150 tidak boleh dipotong

image is not available

Foto: Kosmo! Online

Menurut laporan Kosmo! Online, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menekankan bahawa wang bantuan tersebut adalah hak murid dan mesti digunakan sepenuhnya untuk persiapan persekolahan.

“Jangan di potong-potong (seperti) yuran Persatuan Ibu Bapa Dan Guru dan sebagainya, itu tidak boleh. RM150 mesti diterima (oleh) ibu bapa (atau) penjaga sebagaimana yang kita umumkan.

“(Jika) ada yang melanggar, kita mintak aduan disampaikan kepada kita (Kementerian Pendidikan) untuk siasatan dan tindakan. RM150 itu adalah hak pada anak-anak untuk bantuan persekolahan,” katanya selepas Majlis Penyerahan Cek Cura BAP 2025 di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan hari ini.

Beliau menggesa agar sebarang pelanggaran dilaporkan kepada Kementerian Pendidikan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM791.25 juta untuk BAP yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta murid di seluruh negara.

Penyerahan BAP bermula hari ini untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2024/2025.

Bagi murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026, agihan akan bermula pada 16 Februari manakala murid Tingkatan 6 baharu pula akan menerima BAP bermula 1 Julai.

Sumber: Kosmo! Online (Muhammad Najieb Ahmad Fuad)