Bantuan Awal Persekolahan Akan Diperluas Untuk Pelajar Tingkatan Enam – Menteri Pendidikan

LocalPolitics
22 Dec 2024 • 4:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berita baik untuk para pelajar Tingkatan Enam sesi persekolahan 2025/2026. Kementerian Pendidikan telah mengumumkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 akan diperluaskan untuk pelajar tingkatan enam.

Memetik laporan Astro Awani, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, usaha Kementerian Pendidikan memperluas BAP kepada pelajaran tingaktan enam akan memberi manfaat kepada lebih 10,000 pelajar di seluruh Malaysia.

image is not available

“Kita harap inisiatif untuk tingkatan enam akan dapat kita tambah baik lagi kerana tingkatan enam sangat penting. Ia pasca-SPM dan khususnya untuk menjamin akses pendidikan kepada semua”

Pihak Kementerian Pendidikan akan mengagihkan BAP kepada pelajar tingkatan enam sedia ada pada Februari 2025 manakala untuk pelajar baharu BAP akan disalurkan pada Julai 2025.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan BAP akan diteruskan dalam Belanjawan 2025 yang dibentang pada 18 Oktober lepas meliputi pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.