Faedah SIP dinaik taraf, pencarum bakal terima sehingga RM25,000

LocalBusiness & Finance
19 Sep 2026 • 2:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Faedah SIP dinaik taraf, pencarum bakal terima sehingga RM25,000

PETALING JAYA – Pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial yang kehilangan pekerjaan bakal menerima sokongan lebih tinggi menerusi penambahbaikan faedah di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) berkuat kuasa 1 Oktober depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, antara penambahbaikan yang diperkenalkan ialah peningkatan Elaun Bekerja Semula Awal daripada 25 peratus kepada 50 peratus.

Beliau berkata, kerajaan turut memperkenalkan Elaun Bantuan Mobiliti sebanyak RM1,000 secara sekali bayar kepada pencarum yang menerima pekerjaan baharu dengan jarak lebih 100 kilometer dari kediaman.

“Elaun latihan sebelum ini RM10 sehari, sekarang kita naikkan kepada RM30 sehari.

“Yuran latihan sebelum ini maksimum RM4,000 untuk latihan, sekarang dinaikkan kepada RM7,000,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Festival Mega iLINDUNGu: Kesuma Bersama Rakyat di Strand Mall, Kota Damansara, di sini hari ini.

Menurut Ramanan, peningkatan itu membolehkan pencarum menerima sokongan lebih baik untuk mengikuti latihan, meningkatkan kemahiran dan menyesuaikan diri dengan keperluan pasaran kerja semasa.

“Secara keseluruhannya sokongan dan perlindungan di bawah SIP ini boleh mencecah sehingga RM25,000 bagi seorang pencarum,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Faedah SIP dinaik taraf, pencarum bakal terima sehingga RM25,000 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved