F1: Ferrari guna enjin baharu

4 Sep 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: F1: Ferrari guna enjin baharu

MONZA – Menjelang perlumbaan di laman sendiri pada Grand Prix (GP) Itali di Litar Monza hujung minggu ini, Ferrari mengumumkan mereka bakal menggunakan unit kuasa yang dinaik taraf bagi merapatkan jurang dengan kelompok hadapan.

Dalam tempoh beberapa minggu ini, prestasi Ferrari dilihat semakin hambar sehingga menyaksikan McLaren mula memintas mereka dan menjadi pencabar utama Mercedes dalam carta kedudukan pengeluar.

Ketua Pasukan Ferrari, Fred Vasseur berkata, perlumbaan di Monza sentiasa dianggap sebagai sesuatu yang istimewa kerana ia memberikan semangat tambahan buat pelumba dan seluruh pasukan itu.

“Perlumbaan di Monza sentiasa menjadi satu perlumbaan yang sangat istimewa buat Ferrari. Berlumba di hadapan penyokong sendiri memberikan satu tenaga tambahan yang luar biasa kepada pasukan.

“Dari segi prestasi, kami akan memperkenalkan unit kuasa yang sudah dinaik taraf. Kami jangka ia dapat membantu kami dari segi prestasi kerana fokus tahun ini adalah untuk merapatkan jurang,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan, Ferrari meraikan legasi yang ditinggalkan pelumba legenda, Michael Schumacher pada tahun ini, sekali gus menjadikan perlumbaan di Monza lebih bermakna dan emosi.

“Perlumbaan di Monza juga akan menjadi sedikit emosi kerana tahun ini kami meraikan legasi Michael Schumacher. Semangat juang dipamerkannya sebelum ini menjadi pembakar semangat untuk kami di Ferrari,” ujar Vasseur. – AGENSI

 

The post F1: Ferrari guna enjin baharu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved