Beberpa hari lalu, pempengaruh Alif Teega mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan salah guna harta bagi program infaq iftar di Mekah, Syria dan Palestin serta korban, berjumlah RM63,605.48 pada April dan Jun lalu.
Sementara itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi tadi, Alif Teega dan isterinya Aisyah Hijanah mengaku tidak bersalah masing-masing atas 10 pertuduhan kes salah guna wang derma berjumlah RM1,526,372.16 sejak tiga tahun lalu.
Pasangan suami isteri berkenaan bagaimanapun meminta untuk dibicarakan.
Pertuduhan berkenaan membabitkan 10 program sedekah iaitu pek makanan, kurma, korban, al-Quran dan set pakaian untuk orang miskin di Makkah serta Madinah, termasuk anak yatim, mangsa banjir di Pantai Timur.
Menerusi laporan Sinar Harian, mereka didakwa bersama-sama, secara tidak jujur menyalahgunakan wang sedekah bagi jumlah berkenaan, dengan nilai terendah ialah RM438.38 sementara tertinggi RM425,890.64.
Kesalahan didakwa dilakukan di Maybank dan CIMB Bank, Bandar Baru Bangi, di sini antara 11 Mei 2021 hingga 2 Julai lalu.
Terdahulu, tular mengenai kisah pasangan berkenaan yang menimbulkan persoalan ramai apabila dikatakan hidup dalam kemewahan.
Susulan itu juga, sebuah portal terkenal telah mendedahkan secara terperinci mengenai kegiatan yang dilakukan oleh pasangan berkenaan.
The post ‘Faham, mohon dibicarakan’ – Alif Teega, Aisyah Hijanah mengaku tidak bersalah salah guna wang derma appeared first on The Reporter.


