
Selain panas dengan kisah kontroversi pasangan Alif Teega dan Aisyah Hijanah pada pagi Isnin, kelibat isteri kepada pendakwah selebriti Da'i Syed iaitu Hana Ismail yang berada di lokasi sama dengan pasangan pempengaruh itu mencetuskan tanda tanya.
BERITA BERKAITAN : Tyzo Ulas Sebab Padam Foto DJ Lin - “Tak Perlu Nak ‘Gambarkan’ Seseorang Yang Tutup Periuk Nasi Saya”
BERITA BERKAITAN : Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"
BERITA BERKAITAN : Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”
BERITA BERKAITAN : Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”
Hana turut berada di kaunter pembayaran ikat jamin di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Enggan mencetuskan spekulasi, Gempak cuba mendapatkan komen lanjut daripada Hana yang hadir dengan jubah dan cermin mata serba hitam.
Dalam keadaan tergesa-gesa Hana cuba untuk tidak memberikan sebarang komunikasi lanjut tentang keberadaannya di lokasi berkenaan sekitar pukul 12 tengahari tadi.
"Saya dah rushing ni... Saya datang nak support kawan je, tak lebih dari itu," ringkasnya.
Hana sebelum itu dilihat berada di kaunter ikat jamin mahkamah sesyen berkenaan hampir 15 minit sebelum turun ke tingkat bawah sambil memegang sehelai kertas sebelum menaiki semula ke tingkat atas untuk menyerahkan dokumen di kaunter sama.
Dia bagaimanapun bergegas turun sebelum menaiki kereta.
Terbaharu, pendakwah selebriti, Da’i Syed sempat mengambil peluang untuk menghabiskan masa bersama anak perempuannya setelah dibebaskan sementara dari Penjara Kajang pada Jumaat.
Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful,29, telah berkongsi momen berkenaan menerusi sebuah hantaran di Instagram Story pada Sabtu.
Menerusi perkongsian tersebut, pasangan itu dilihat sedang menikmati waktu senja bersama anaknya di sekitar kawasan perumahannya.
Terdahulu, Da’i Syed telah dilepaskan sementara waktu oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas Hakim, Datuk Aslam Zainuddin memutuskan untuk membenarkan permohonan peguam, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Syed bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman itu hingga rayuan didengar dan diputuskan.


