“Fahamkan nilai Olimpik” – Dikecam Sebab Bergambar Dengan Kunlavut, Ini Respon Hannah Yeoh

Entertainment
8 Aug 2024 • 3:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh baru-baru ini menjadi perhatian kerana bergambar dengan Kunlavut Vitidsarn yang merupakan atlet badminton perseorangan lelaki Thailand.

Ramai yang tidak puas hati dengan tindakan Menteri Belia dan Sukan kerana atlet itu yang mengalahkan perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia dalam peringkat separuh akhir Olimpik Paris.

Pun begitu, Hannah menerusi Instagram Story, menjelaskan beliau berbuat demikian kerana ingin menyemai budaya persaingan sihat dan bukan mengenai kemenangan semata-mata.

image is not available

Dalam beberapa hantaran itu, Hannah berkata ianya satu bentuk nilai dalam Olimpik di mana kesemua atlet dan pengiring harus hormat satu sama lain serta mementingkan semangat persahabatan.

image is not available

“Kita bukan sore loser. Ia bukan sesuatu yang negatif untuk mengakui kekuatan saingan kita selepas pertandingan,” tulisnya.

Beliau juga berkata orang muda sepatutnya tidak terlalu takut dengan komen serta kecaman di media sosial kerana ia akan memberi kesan yang buruk terhadap individu.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Segambut itu juga berkongsi bagaimana beliau mengucapkan tahniah kepada Tan Kim Her dan Jeremy Gan iaitu juralatih regu badminton Jepun yang berasal dari Malaysia.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.