Fahmi Arah MCMC Ambil Tindakan Terhadap Pengguna TikTok Sebar Video Berbaur Fitnah

16 Apr 2024 • 3:11 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. gambar fail

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diarah untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun TikTok @janggut_putih yang dipercayai memuat naik kandungan video berbaur fitnah.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, video lama pada 2019 itu dimuat naik individu berkenaan, dipercayai dengan sengaja untuk menimbulkan rasa marah dalam kalangan masyarakat.

"Terima kasih. Ini video dari 2019, recycled untuk sengaja timbulkan rasa marah. @MCMC_RASMI akan kesan suspek dan ambil tindakan," katanya.

Fahmi berkata demikian dalam respons kepada aduan seorang pengguna aplikasi X yang antara lain meminta Menteri Komunikasi itu mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Tiktok terlibat.

Dalam video berdurasi 1.49 minit itu, seorang individu mendakwa Kementerian Pendidikan (KPM) di bawah kerajaan Pakatan Harapan ketika itu (pada 2019), memaksa ibu bapa dan pelajar untuk mendaftar kad debit daripada sebuah bank antarabangsa, selain menghamburkan kata-kata kesat. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved