Fahmi cabar Annuar Musa jumpa penduduk Kampung Sg. Baru -“Saya rasa dia tak berani”

LocalPolitics
13 Apr 2025 • 7:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tampil cabar Annuar Musa agar berani turun bersemuka dengan penduduk Kampung Sungai Baru yang terjejas akibat isu pengambilan tanah semasa pentadbiran Perikatan Nasional (PN) berbanding sibuk berkempen di PRK Ayer Kuning.

image is not available

Fahmi cabar Annuar Musa jumpa penduduk kampung

Memetik laporan dari FMT, Fahmi menyatakan tindakan Annuar mempertahankan karikatur menyindir Perdana Menteri dan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, dilihat cuba mengalih perhatian daripada kegagalan kerajaan PN sendiri.

“Kalau nak kempen cara itu (karikatur sindir kerajaan), masa dia jadi kerajaan apa dia buat?

Kalau tengok isu Kampung Sungai Baru kononnya 23 Ahli Parlimen PN turun nak perjuangkan hak, rupanya tiga menteri PN sendiri terbabit dalam pengambilalihan secara paksa,” katanya.

image is not available

Fahmi cabar Annuar Musa, minta jelaskan bukan lari

Fahmi turut menegaskan bahawa Annuar, yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan semasa era PN, sepatutnya tampil memberi penjelasan, bukan lari daripada isu sebenar.

“Saya nak tengok dia berani tak berdepan penduduk Kampung Sungai Baru… saya rasa dia tak berani, dia akan lari,” katanya semasa sidang media selepas program Hari Bersama Komuniti (HBK) di Ayer Kuning.

image is not available

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengakui pihak terbabit dalam pengambilan tanah semasa pentadbiran PN perlu menjelaskan situasi sebenar.

Dalam satu sesi taklimat bersama penduduk terjejas, wakil kampung mendakwa beberapa bekas menteri termasuk Annuar, Shahidan Kassim dan Rina Harun memihak kepada pemaju dalam rundingan pampasan.

Sumber: FMT (Faiz Zainudin)