Selepas Letupan Gas, Kampung Tengah Dilanda Banjir

LocalEnvironment
11 Apr 2025 • 7:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selepas rumah terbakar akibat letupan saluran gas, kini rumah pula dilanda banjir!

Itu kata penduduk di sekitar Kampung Kuala Sungai Baru, berhampiran Putra Height yang turut menjadi mangsa letupan gas pada hari raya kedua, baru-baru ini.

Kampung Kuala Sungai Baru antara beberapa kawasan di Selangor yang turut terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat sejak awal pagi tadi namun air di kampung berkenaan sudah pun sudah surut.

Tinjauan Carz.com mendapati kebanyakan penduduk terpaksa meletakkan kereta di jalan utama Bukit Lanchong, bagi mengelak kereta dinaiki air.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Seorang penduduk, Dollah Ghani, 70, berkata, dia dan anaknya segera mengalihkan kenderaan mereka ke tempat lebih tinggi apabila menyedari air mula memasuki perkarangan rumah.

“Mujur kami sempat mengalihkan kenderaan, kalau lambat, mungkin semua kereta dah rosak,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk lagi, Aina Idris, 24, berkata, keadaan di kampung berkenaan menjadi kelam kabut kerana air mula masuk ke rumah sekitar jam 6 pagi tadi.

“Bila banyak kenderaan keluar dari kawasan ini dengan keadaan kelam kabut, saya pun segera membawa keluar kereta dan letakkan di stesen Petron, Putra Heights,” katanya.

Ini bukan kejadian banjir yang pertama berlaku di Kampung Tengah kerana kejadian sama pernah berlaku pada Disember 2021.