Fahmi Fadzil: Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 Mampu Tingkatkan Keselamatan Pengguna

TechnologyDigital
12 Dec 2024 • 3:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Persidangan Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian (OSB) 2024 selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara. Susulan daripada itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyatakan keputusan meluluskan pembentukan akta berkenaan diyakini mampu meningkatkan keselamatan dalam talian bagi seluruh rakyat Malaysia.

image is not available

Fahmi berkata tujuan utama akta berkaitan diluluskan adalah melindungi kepentingan pengguna, serta memastikan beberapa perkara berkaitan keselamatan terutama yang melibatkan kanak-kanak perlu diberi perhatian oleh penyedia platform media sosial yang beroperasi di Malaysia. Selain tidak membenarkan sebarang isu sensitif yang menimbulkan keresahan awam seperti kegiatan scammer dan penjudian dalam talian beroperasi di platform mereka. Malahan beliau turut menegaskan bahawa kelulusan akta berkaitan tidak akan menyekat kebebasan bersuara termasuk dalam kalangan anak-anak muda untuk mengkritik.

image is not available

Melalui RUU Keselamatan Dalam Talian (OSB) 2024, mana-mana syarikat berkaitan perlu melaksanakan langkah proaktif bagi mengurangkan risiko pengguna yang terdedah kepada kandungan memudaratkan. Selain turut perlu menggariskan panduan serta mekanisme tertentu termasuk syarat-syarat penggunaan dan saluran yang betul bagi pengguna.