Fahmi Fadzil: Perjudian Dan Penipuan Dalam Talian Adalah Kesalahan Paling Banyak Dilakukan Di Media Sosial

TechnologyDigital
21 Jan 2025 • 5:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perjudian dalam talian dan penipuan (scam) menjadi kesalahan yang paling banyak dilakukan di pelbagai platform media sosial dalam tempoh tiga minggu tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Menurut beliau, 84% daripada 18,785 kandungan melanggar undang-undang yang paling banyak diminta untuk diturunkan oleh MCMC adalah berkaitan judi dalam talian dan penipuan. Kandungan yang selebihnya pula melibatkan buli siber (5%), iklan produk perkhidmatan yang tidak dibenarkan (4%) dan lain-lain kesalahan.

image is not available

Ia juga melibatkan platform-platform seperti Facebook (FB), YouTube dan TikTok, dengan paling banyak permohonan untuk diturunkan adalah dalam FB iaitu sebanyak 67%, TikTok (18%) dan YouTube (13%). Bagaimanapun, Fahmi kemudiannya menyatakan masih terdapat platform yang membenarkan kegiatan jenayah secara dalam talian dan memastikan mereka dikenakan sekatan tertentu selepas Pelesenan Perkhidmatan Pesanan Internet dan Media Sosial dilaksanakan sepenuhnya.

image is not available

Mengulas lanjut, Fahmi memberitahu, kandungan judi dan penipuan berkenaan dipapar menggunakan bahasa Melayu kemudian menyasarkan pengguna dalam kalangan rakyat negara ini Melaluinya, mereka mengajar bagaimana bermain judi dan perkara ini berlaku sama juga di Facebook, TikTok malah YouTube. Justeru itu, menjadi satu keperluan platform terlibat dilesenkan, dan mereka dikenakan sekatan terhadap kandungan-kandungan yang menyalahi undang-undang.