Fahmi Fadzil tegur Ketua Pengarah J-Kom, usah buka ruang maklumat dimanipulasi

LocalPolitics
16 Jun 2026 • 6:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menasihatkan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Mohd. Hisyamuddin Ghazali supaya tidak memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk memanipulasi maklumat yang disampaikan kepada rakyat.

Beliau berkata, nasihat itu diberikan susulan kelantangan penyampaian Mohd. Hisyamuddin di media sosial selepas baharu dilantik mengetuai agensi berkenaan minggu lalu.

Image from: Fahmi Fadzil tegur Ketua Pengarah J-Kom, usah buka ruang maklumat dimanipulasi

Menurut Fahmi, walaupun pendekatan pantas dan dinamik yang ditunjukkan itu dilihat sebagai satu perkembangan positif, ia perlu disertai dengan ketelitian bagi memastikan mesej kerajaan difahami dengan tepat oleh rakyat.

Katanya, J-Kom juga perlu lebih berhati-hati dalam penyampaian maklumat agar tidak membuka ruang kepada pihak tertentu yang cuba memutar belit isu.

“Ini baru minggu pertama dan kita akan teliti mutu perkhidmatan beliau. Pada waktu ini, beliau ada menerima nasihat dan saya pun ada menasihatinya. Jangan sehingga wujud satu ruang yang dapat dimanipulasi oleh pihak yang memusuhi dan sengaja mencari isu.
“Tetapi, saya lihat kepantasan beliau dalam mengetengahkan isu dan menangani sesuatu isu adalah satu perkara yang sangat segar,” katanya.

Image from: Fahmi Fadzil tegur Ketua Pengarah J-Kom, usah buka ruang maklumat dimanipulasi

Artikel lain: Lapor polis dakwa difitnah, KP J-KOM terus bersemuka dengan Albert Tei, ajak berdebat

Fahmi berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi negeri Kelantan yang dianjurkan di bawah Kementerian Komunikasi Malaysia di sini, hari ini.

Tegasnya, tenaga dan pendekatan dinamik yang ditunjukkan oleh Mohd. Hisyamuddin adalah sesuatu yang baik, namun perlu diseimbangkan dengan kehati-hatian dalam menyampaikan mesej kerajaan kepada rakyat melalui Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom).

Image from: Fahmi Fadzil tegur Ketua Pengarah J-Kom, usah buka ruang maklumat dimanipulasi

Terdahulu, kecoh apabila Mohd. Hisyamuddin dilihat lantang bersuara dalam media sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen kerana beliau ketika ini sudah memegang jawatan besar dalam kerajaan.

Sumber: Utusan Online (Yatimin Abdullah)